Resepi Ayam Masak Merah ala Thai
Servings Prep Time
3Porsi 10Minit
Cook Time
45Minit
Servings Prep Time
3Porsi 10Minit
Cook Time
45Minit
Instructions
  1. Panaskan minyak. Kalau nak guna style restaurant terus guna api besar tetapi mesti fokus/jaga supaya masakan tidak hangit.
  2. Goreng ayam dahulu sampai bertukar jadi warna pucat putih.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sedikit minyak tadi dalam agak-agak tinggal 2 sudu besar.
  5. Sekarang tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu sampai naik bau.
  6. Bolehlah masukkan cili giling.
  7. Kacau sekejap dan tambah semua sos-sos (tiram, ikan, tomato dan cili) ke dalam kuali dan kacau seketika.
  8. Sekarang boleh lah masukkan ayam. Sentiasa mengacau jika menggunakan api yang besar.
  9. Lepas dua minit boleh masukkan air supaya ada sedikit berkuah.
  10. Boleh tambah garam, gula dan perisa jika rasa perlu.
  11. Sebelum angkat masukkan bawang dipotong bulat dan kacang panjang.
  12. Angkat dan hidangkan.