Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi-Nasi-Ayam-Hainan

Nasi ayam hainan cawan dark soy saucedapat Anda jadikan sebagai alternative pilihan untuk hidangan keluarga Anda, resepi nasi ayam hainan dapat membantu Anda.

Print Recipe
Resepi Nasi Ayam Hainan
Instructions
Langkah - Langkah
  1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas.
  2. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.
  3. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi untuk menenggelamkan ayam.
  4. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit.
  5. Note : untuk melihat ayam dah masak, dengan mencucuk paha ayam dengan chopstik
  6. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.
  7. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
Cara Membuat Nasi
  1. Tos beras yang direndam.
  2. Panaskan periuk masukan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 3 minit.
  4. Masukkan minyak sesame dan garam, kemudian masukkan air rebusan ayam
  5. Tutup periuk , masak sehingga matang. Note : anda boleh juga gunakan periuk nasi elektrik atau ikut sesuka hati anda.
  6. Selepas nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame.
  7. Potong ayam untuk dihidangkan.
  8. Tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
Cara Membuat Cili Sos
  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
Cara Membuat Sup
  1. Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Cara Menghidangkan
  1. Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, hirisan timun dan sup.
  2. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *