Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi-Nasi-Ayam-Penyet

Anda tidak perlu sukar untuk membuat nasi ayam penyet, dengan resepi ini sangat mudah untuk memasaknya dan ringkas, selamat mencuba.

Print Recipe
Resepi Nasi Ayam Penyet
Resepi-Nasi-Ayam-Penyet
Course Main Dish
Prep Time 30 Minit
Cook Time 2 Jam
Servings
Orang
Ingredients
Course Main Dish
Prep Time 30 Minit
Cook Time 2 Jam
Servings
Orang
Ingredients
Resepi-Nasi-Ayam-Penyet
Instructions
Cara Membuat Ayam Penyet Rebusan
  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 20 minit atau sehingga empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan.
Cara Membuat Rempah Perapan Ayam
  1. Sangai semua bahan rempah. Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Kacaukankan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  5. Kacaukan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam. Note : jangan buang bahan lebihan rempah, karena akan digunakan untuk tepung kriuk.
Cara Membuat Tepung Kriuk
  1. Kacaukan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur.
  2. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  3. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.
Cara Membuat Nasi Ayam Penyet
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau seketika.
  3. Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Note : anda boleh juga gunakan periuk nasi elektrik atau ikut sesuka hati anda.
Cara Membuat Sup Ayam
  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. 
  2. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Cara Membuat Sambal Ayam Penyet
  1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  4. Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
  5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu.
Cara Membuat Bahan Kelengkapan
  1. Goreng tempe tauhu yang sudah dikacau rempah.
  2. Goreng tauhu yang sudah dikacau rempah.
  3. Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain.
Cara Menghidangkan
  1. Hidangkan dengan nasi, ayam, sambal dan bahan elengkap kesukaan anda. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *