Resepi Roti John Ayam
Servings Prep Time
2Orang 10Minit
Cook Time
30Minit
Servings Prep Time
2Orang 10Minit
Cook Time
30Minit
Instructions
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga garing, kemudian tambahkan cili kisar, kacau lagi sehingga garing.
  2. Masukkan tomato cincang, rempah beriani dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging kisar, biarkan sehingga sedikit kecut.
  3. Masukkan air, serbuk pati ayam, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kering. Angkat dan sisihkan.
  4. Di bekas lain, masukkan daging yang telah masak tadi, kemudian tambahkan hirisan daun sup, telur dan susu. Kacau sebati.
  5. Panaskan kuali leper, bacuh sedikit minyak, curahkan sesudu adunan dan tekapkan roti di atasnya.
  6. Goreng hingga masak, angkat dan letakkan sos, timun dan salad.
  7. Roti john siap di hidangkan.