Resepi Roti John Cheese

Resepi-Roti-John-Cheese

Anda tidak perlu sukar untuk membuat roti john cheese, dengan resepi ini sangat mudah untuk memasaknya dan ringkas, selamat mencuba.

Print Recipe
Resepi Roti John Cheese
Instructions
  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Pukul telur. Masukkan inti daging. Kacau sehingga sebati.
  3. Belah tengah roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung, kemudian sapukan planta pada permukaan roti.
  4. Letakkan roti atas kuali leper seketika dan angkat.
  5. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar diatasnya memenuhi permukaan inti.
  6. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu, Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
  7. Sapukan sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.
  8. Hidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *